SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum

PENGENALAN

Da Ena Enterprise adalah pengeluar produk muslim oleh muslim yang bercirikan produk halal, bersih dan sihat. Pemasaran produk ini dibawa ke persada pasaran atas nama berdaftar AQENA.
Produk yakin ibadah ini amat menitik beratkan penjagaan kesihatan sekeluarga dan juga dikeluarkan dengan harga yang amat berpatutan.
Da Ena Enterprise sememangnya nama baru dan setakat ini produk pertama yg telah ada di pasaran ialah Aqena Perfume lotion. Losyen harum ini diperkayakan dengan pati aloe vera dan vitamin E .yang boleh merawat dan memelihara kelembapan kulit sekali gus menyihatkan kulit anda. Ia selamat dipakai oleh semua peringkat umur. Produk kedua adalah Sambal AQENA Resepi Opah yang dikeluarkan sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.
Sokongan dan galakkan pihak pengguna amatlah disanjung dalam menjayakan niat Da Ena Enterprise untuk memberi manafaat yg terbaik untuk semua khususnya umat Islam.
Da Ena Enterprise merancang untuk mempelbagaikan produk penjagaan dan makanan termasuk gel mandian, syampo, set penjagaan muka, rangkaian sambal dan sebagainya.
Harapan Da Ena Enterprise agar dapat menepati kehendak muslim dan akan berusaha untuk memberi yang terbaik serta harga mampu kepada pengguna agar semua mendapat manafaat dari produk keluaran Da Ena Enterprise.

I S L A M I T U I N D A H

MISI

Adalah menjadi matlamat utama Da Ena Enterprise untuk memberi manafaat yang menguntungkan kepada para pengguna dari segi khasiat produk dan nilai harga dari setiap pembelian barangan Da Ena Enterprise.
Da Ena Enterprise juga memastikan semua produk yang dikeluarkan adalah terjamin akan kualiti dan halal serta bebas dari unsur kimia yang memudaratkan. Produk yakin ibadah dan nilai harga yang mampu untuk dimiliki oleh setiap pengguna.

I S L A M I T U S I H A T

VISI

Da Ena Enterprise menyimpan harapan yang besar untuk terus menjadi pengeluar barangan muslim yang terbaik dari segi kualiti dan nilai yang berbaloi kepada pengguna.
Ins Shaa Allah Da Ena Enterprise juga telah ada perancangan yang baik dalam mengembangkan rangkaian barangan di masa hadapan.

H A L A L I T U B E R K A T

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.